Tanda Datangnya Kiamat !!

Sunday, May 27, 2012





Tanda apakah ini ??????!!!!!

Allah S.W.T. datangkan peringatan untuk manusia dengan gempa di Acheh  dan perbalahan di Malaysia semakin menjadi-jadi...
Tanda apakah ini ??

Wahai saudara-saudaraku, Marilah berfikir sejenak…
Tanda-tanda kiamat kecil semuanya telah berlaku..

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim



Subhanallah...

Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "


Bagi sesiapa yg mahu join segmen bloglist dalca..cepat-cepat sebelum 1jun !!








Segmen Dalca : Bloglist June

Saturday, May 26, 2012





Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim buat pertama kalinya aku melancarkan Edisi terbaru Dalca..Edisi Segmen..hehe..tetiba idea datang teringin juga bersegmen ni...ok senang ja aku punya syarat..simple!!

!!HANYA 10 BLOGLIST YANG BERTUAH!!

Wajib

1.Buat satu entry bertajuk "Segmen Dalca : Bloglist June"
2.Letakkan gambar diatas di dalam entry anda.
3.Perlukah Follow blog ni?ikut atas individu  tpi ia dikira HP (high priority)
4.Kena tag x?? Itu pon atas individu tapi ia juga dikira HP.

Tambahan

Jawab 3 Soalan ini dientry anda,soalan ini adalah untuk meletakkan diri anda sebagai HP

1.Soalan Umum : Filem Melayu apakah mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hingga kini?
2.Soalan Logik : Edisi Dalca manakah yang paling diminati? link
3.Soalan Ilmiah : Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?



 Jika anda tidak dapat menjawab salah 1 soalan ataupun semuanya tidak mengapa..join jer,kita lihat pada priority anda yg lain,selain itu sebagai tanda berkenalan..aku akan melawat balik dan komen-mengomen..



Baca

 1.Segmen ini bermula sekarang sehingga 1 Jun 2012
2.Setelah siap semuanya, letakkan link entry anda diruangan komen.

Apa Yang Best?

1.6 Blogslist akan diletakkan didalam blog ini selama sebulan
2.Blog anda akan di ping di fanpage kami selama sebulan
3.Krew Dalca akan bw ke blog anda setiap hari
4.Menambahkn follower anda 
5.Setiap entry akan dikomen
6.Menambahkn UV anda!!



 Tamat sudah..Nampak jer panjang tapi mudah...Eh kenapa 6 plak.?itu hanya berdasarkan sambutan..jika ramai jadilah 10 blog..ok...Cepat jangan lepaskan peluang..


SELAMAT MENJAWAB SOALAN

"SAMBIL BERSEGMEN,SAMBIL MENAMBAH ILMU"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...